jkhjkh

Mengenai Kita

Hotel Imperial Riverbank, adalah rangkaian hotel terbaru daripada Kumpulan Hotel Imperial ia adalah sebuah hotel butik bertaraf 3 bintang yang terletak di tempat tumpuan ramai di Tebingan Sungai Kuching. 

Sebanyak 109 bilik tetamu direka dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan bagi para pelancong.  Hotel ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang bersejarah sejak dari Dinasti Brooke.  Apabila anda berjalan-jalan ke Tebingan Sungai Kuching, anda akan disapa dengan keindahan panorama yang memukau jiwa seperti Kampung Melayu, Astana (Kediaman Gabenor Sarawak) dan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang megah di mana semua bangunan-bangunan ini dibina di sepanjang Sungai Sarawak.  Pengalaman menaiki perahu tambang akan memberi satu kenangan yang indah untuk para tetamu kami untuk merasai kehidupan penduduk tempatan.  Anda juga akan menemui banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan kraftangan di kawasan berdekatan. 

 

Riverbank Café adalah restoran hotel yang dibuka sepanjang hari bermula jam 6.00 pagi hingga 10 malam setiap hari.  Kafe tersebut menghidang sarapan pagi dan menawarkan sajian menu yang menyelerakan dengan penemuan masakan dari  Timur dan Barat.


Connect with Us

facebook   tripadvisor

bjbbjbjbj